Jeotgal

Jeotgal
Saeujeot di hadapan dan pelbagai jeotgal dijual di Pasar Gyeongdong, Seoul.
Nama Korea
Hangul[젓갈 atau 젓 ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Hanjan/a
Perumian SemakanJeotgal atau Jeot
McCune–ReischauerChŏtkal atau Chŏt

Jeotgal atau jeot (sebutan bahasa Korea: [tɕʌtkal]) adalah makanan ditapai asin dalam masakan Korea. Ia dibuat dengan pelbagai makanan laut, seperti udang, tiram, kerang, ikan, telur ikan, dan usus ikan.[1]

Jeotgal digunakan terutamanya sebagai perasa dalam penjerukan kimchi dan sebagai sos mencelup kaki babi (jokbal) dan sosej darah/mi (sundae). Kadang-kadang jeotgal, biasanya saeujeot, ditambah kepada stu Korea (jjigae) dan sup (guk dan tang), untuk memberi rasa dan tidak menggunakan garam atau kicap (ganjang).

Jenis-jenis jeotgal berbeza-beza bergantung kepada bahan-bahan utama, wilayah, keluarga dan lidah masing-masing. Pada masa lalu, disebabkan pengangkutan yang terhad, kawasan-kawasan berhampiran laut mempunyai lebih banyak jenis jeot berbanding kawasan-kawasan pedalaman.

  1. ^ "Jeotgal". Korea Tourism Organisation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-04-23. Dicapai pada 2015-08-17.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search